Kelas ICT Google Search

18 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 17 Januari 2020, telah diadakan Kelas ICT Google Search yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara untuk menggunakan Google Search dengan mudah. Google mempunyai fungsi khas yang boleh membantu pengguna mengehadkan jenis carian dan juga jika pengguna mahu membuat carian unik. Jika mahukan carian yang datang dari satu laman sesawang sahaja, mereka boleh gunakan “site:” untuk hadkan carian anda.

Selain itu, mereka juga boleh gunakan fungsi Carian ‘perkataan ini wajib ada’ untuk mewajibkan frasa atau perkataan dalam hasil carian. Seperti contoh, kesemua carian “teknologi hijau” akan ada perkataan tersebut di dalamnya. Seterusnya, jika mereka mahukan carian fail khas, mereka boleh menggunakan “filetype:” Ia boleh digunakan untuk mencari pelbagai jenis format fail seperti PDF, Word, dan lain-lain lagi. Sebagai contoh, taip “filetype: PDF tech 2020”. Google akan kembalikan carian yang berkaitan dengan “tech 2020” dalam bentuk PDF sahaja. Fungsi ini sangat berguna terutamanya untuk mereka yang mahu mencari sampel kertas kerja ataupun rujukan dalam bentuk PDF.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali