Kelas Multimedia Canva

5 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa, 4 Februari 2020 telah diadakan satu Kelas Multimedia Canva yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 03.00 petang dan berakhir pada jam 05.00 petang. Tujuan kelas multimedia ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, pendedahan dan juga latihan berkaitan penghasilan infografik dengan menggunakan laman Canva.

Mereka telah diberikan penerangan berkaitan cara untuk menghasilkan infografik seperti cara untuk memuat naik gambar ke dalam Canva dan menukar font serta warna pada font. Selepas diberikan penerangan, mereka diberikan latihan penghasilan infografik berkaitan komponen komputer dengan mengikut kreativiti mereka sendiri. Mereka juga menggunakan templet yang disediakan dan mengubahnya mengikut kreativiti masing-masing. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara untuk menghasilkan infografik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali