Kelas Multimedia Canva

4 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 3 Januari 2020 telah diadakan satu Kelas Multimedia Canva yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Kelas ini telah bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Tujuan kelas kelas multimedia ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, pendedahan dan juga latihan berkaitan penghasilan poster secara percuma dengan menggunakan Canva.

Mereka boleh menggunakan templet yang disediakan dan mengubahnya mengikut kreativiti masing-masing. Mereka boleh mengubah font dan juga gambar dengan berdasarkan tema poster yang mereka hasilkan. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menyiapkan poster tersebut dengan mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali