Kelas E-Learning Quizizz

12 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 11 September 2020 telah diadakan satu Kelas E-Learning Quizizz yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz. Apabila telah berjaya memasuki laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan quiz dengan menaip kata kunci dibahagian carian.

Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak. Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan. Diakhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara penggunaan laman Quizizz ini. Dengan menggunakan laman quizizz ini juga ianya dapat meningkatkan kefahaman berkaitan sesuatu topik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali