Kelas E-Learning Interland

13 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 12 September 2020 telah diadakan satu Kelas E-Learning Interland yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman interland. Interland merupakan permainan pembelajaran yang telah disediakan di Google. Mereka hanya perlu menaip Interland di carian Google.

Di awal kelas ini, mereka diberikan penerangan berkaitan cara untuk mencari interland di Google. Setelah berjaya, terdapat 4 bahagian permainan di dalam interland. Mereka boleh memilih salah satu permainan dalam satu masa. Setiap permainan mempunyai tujuan yang tersendiri antaranya permainan itu berkaitan dengan perkongsian privacy kita dan juga tahap keselamatan kata laluan akaun media sosial kita. Dengan bermain permainan pembelajaran ini, ianya akan memberikan satu pelajaran baru kepada mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali