Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 7 Februari 2020 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor yang di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 10.00 pagi. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan huruf di dalam Bahasa Inggeris.

Program ini di mulakan dengan pengenalan huruf. Selepas itu, setiap pelajar diberikan latihan berkaitan huruf di dalam Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kefahaman mereka. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam pelajaran daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali