Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor

18 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 17 Januari 2020 telah diadakan Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor ini telah berjaya dilaksanankan dengan kerjasama Ibubapa dan pelajar dari Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara.

Tujuan Program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital kepada komuniti setempat dalam masa yang sama mempromosikan perkhidmatan dan latihan ICT. Di dalam Program ini, pelbagai aktiviti telah diadakan antara ialah pertandingan mewarna, pertandingan Puzzle 3D, pertandingan teka silang kata dan taklimat Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali