Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor

7 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 6 Mac 2020 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor yang di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PI Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan bentuk dan warna di dalam Bahasa Inggeris. Program ini di mulakan dengan pengenalan bentuk dan warna.

Selepas itu, setiap pelajar diberikan latihan berkaitan bentuk dan warna bagi meningkatkan kefahaman mereka. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam pelajaran daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali