Kelas E-Learning Quizizz Sesi 1

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada sabtu, 13 Mac 2021 telah diadakan satu Kelas E-Learning Quizizz yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz berkaitan dengan subjek sains. Apabila telah berjaya memasuki laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan quiz dengan menaip kata kunci dibahagian carian. Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak. Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara penggunaan laman Quizizz. Dengan menggunakan laman quizizz ini juga ianya dapat meningkatkan kefahaman mereka berkaitan dengan subjek yang mereka pelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali