Kelas E-Learning Bersama TAJ Sesi 2

14 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada sabtu, 13 Mac 2021 telah diadakan satu Program E-Learning Bersama Tadika Islam Johor (TAJ) yang di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Felcra Sungai Ara. Program ini merupakan program kerjasama diantara PIK Felcra Sungai Ara dan Tadika Islam Johor (TAJ) Sekolah Agama Felcra Sungai Ara. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan pengenalan asas huruf vokal dengan berpanduan bahan multimedia. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan dapat mengalakan pelajar-pelajar meningkatkan lagi tahap kefahaman dalam pelajaran daripada semasa ke semasa dan dapat meningkatkan lagi minat untuk belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali