Kiah Store

28 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada jumaat, 27 Ogos 2021 telah di adakan satu sesi perkongsian berkaitan dengan E-Commerce yang telah disampai oleh Ketua Kluster Pusat Ekonomi Digital Komuniti (PIK) Pontian merangkap Presiden MBA Club Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) iaitu Encik Adha Shah Bin Mohd Basir. Beliau telah memberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk membuka akaun secara percuma di Kiah Store bagi memulakan perniagaan. Setelah berjaya mendaftar akaun di Kiah Store, beliau telah memberikan penerangan berkaitan cara untuk menambah senarai produk dan juga senarai kategori di bahagian database. Selain itu, beliau juga turut memberikan penerangan pada bahagian E-Dagang di Kiah Store. Di E-Dagangn ini terdapat beberapa bahagian antaranya adalah maklumat kedai, caj penghantaran, tetapan check out dan juga senarai borang. Di bahagian ini, beliau menerangkan bahawa kita boleh menetapkan caj yang akan dikenakan bagi setiap barang yang diniagakan. Dengan menggunakan Kiah Store ini, kita boleh menguruskan perniagaan kita dengan lebih teratur kerana setiap jual beli akan di rekodkan bagi memudakan kita melihat jumlah keseluruhan pendapatan kita pada setiap bulan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali