Klinik SPM eKelas Maxis

7 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada sabtu, 6 februari 2021 telah diadakan satu Klinik SPM eKelas Maxis yang telah berlangsung secara dalam talian melalui Zoom dan juga Youtube Live. Tujuan Klinik SPM eKelas Maxis ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar bagi membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020. Antara subjek yang disediakan di dalam Klinik SPM ini adalah subjek Matematik pada sesi pagi dan subjek Sains bagi sesi petang. Klinik SPM ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Di dalam Klinik SPM ini, guru-guru telah menyampaikan tips dan juga nota dalam menghadapi peperiksaan SPM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali