Sesi Pelancaran Misi Jelajah Digital Maxis eKelas

5 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 4 September 2021 telah diadakan Sesi LIVE di Youtube eKelas Maxis untuk Pelancaran Misi Jelajah Digital & Penerangan Tugasan. Sesi live bersama pelajar eKelas bermula pada jam 10.00 pagi. Seramai tujuh orang tetamu jemputan khas dan seorang moderator telah mengelolakan sesi secara langsung melalui platfom Youtube eKelas. Turut serta adalah tetamu istimewa Dato’ Seri Dr. Mazlan Othman yang merupakan Pakar Astrofizik Malaysia. Para pelajar diberikan penerangan terperinci dari Cikgu eKelas tentang tugasan yang perlu dibuat tentang Misi Bumi & Misi Marikh. Pelajar eKelas dijemput untuk menjadi ejen Misi ini. Pelajar boleh menerokai dunia STEM bersama eKelas dan mengasah bakat dalam membuat 'coding', berfikir secara kreatif menyelesaikan masalah dan merekacipta. Ekelas Maxis menawarkan hadiah menarik seperti komputer riba, telefon dan e-baucar untuk pemenang yang berjaya. Untuk maklumat lanjut layari www.maxis.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali