Kelas E-Learning Paint

4 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 3 April 2021 telah diadakan satu kelas E-Learning Paint yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Komuniti (PIK) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan serta latihan berkaitan dengan Microsoft Paint. Microsoft Paint adalah editor grafik bukan 3D yang telah disertakan dalam Windows sejak Windows 1.0, yang dikeluarkan pada tahun 1985. Program ini, berdasarkan program oleh ZSoft yang dipanggil PC Paintbrush, menyokong alat penyuntingan imej asas dan peralatan lukisan. Di dalam kelas Microsft Paint ini , ianya dapat membantu pelajar menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan membuat lakaran dengan mengunakan “tools” yang telah disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali