Kelas Multimedia Canva - Poster Digital

8 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa, 7 September 2021 telah diadakan satu Kelas Multimedia Canva - Poster Digital yang berlangsung secara dalam talian. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar menghasilkan poster digital bagi melengkapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Pelajar di minta untuk menghasilkan Poster Digital dengan bertemakan Tokoh Sukan Negara. Pelajar perlu memilih tokoh yang bersesuai dengan tugasan yang diberikan. Pelajar diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menukar latar belakang poster digital, cara untuk menukar font dan juga cara untuk menukar warna pada font. Selain itu, pelajar juga diberikan penerangan berkaitan untuk menambah gambar di dalam poster digital mereka. Setelah selesai penerangan, mereka telah berjaya menghasilkan poster digital mereka dengan tema yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali