Pendaftaran UPU

3 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 2 April 2021 telah diadakan satu program pendaftaran UPU bagi pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital Komuniti (PIK) Felcra Sungai Ara. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan kepada pelajar-pelajar cara untuk membuat pendaftaran UPU. Mereka perlu mendaftar dahulu di laman UPU dan perlu memuat naik maklumat diri di bahagian yang telah disediakan. Setelah selesai pendaftaran masuk, mereka boleh memilih universiti, politeknik atau asasi sebagai tempat pengajian mereka. Di akhir program ini, mereka telah berjaya melengkapkan pendaftaran UPU.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali