Pendaftaran Akaun Perniagaan

9 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 8 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah membantu seorang usahawan untuk mendaftarkan akaun perbankan perniagaan beliau secara dalam talian. Beliau ingin membuka akaun perbankan perniagaan bagi memudahkan urusan perniagaan beliau pada masa akan datang. Untuk membuka akaun perbankan perniagaan, beliau perlu mengisi maklumat peribadi dan maklumat perniagaan di ruangan yang disediakan. Setelah selesai, beliau perlu membawa bukti bergambar dan wang deposit bagi membuka akaun perbankan perniagaan untuk disahkan oleh pihak bank.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali