Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM)

2 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada selasa, 1 Mac 2022 staff Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah membantu usahawan untuk membuat permohonan bantuan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) daripada pihak Tekun Nasional. Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) adalah skim yang menawarkan pembiayaan pada kadar keuntungan kosong peratus (0%) berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro. Kelayakan untuk memohon SPIM ini adalah warganegara malaysia, bumiputera dan masyarakat india, berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun), permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) atau pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung ( JPKK ) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan ( JPKKP ) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu, mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak; dan bebas daripada tindakan kebankrapan serta aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah. Di dalam permohonan ini, beliau telah mengisi borang yang telah diambil di pejabat Tekun Nasional dan perlu melampirkan dokumen-dokumen tambahan yang telah ditetapkan. Permohonan Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) ini telah ditutup pada 19 Mac 2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali