Kelas E-Learning Google Docs

10 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 9 Disember 2022, telah diadakan Kelas E-Learning Google Docs yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara untuk menggunakan Google Docs yang mempunyai fungsi seperti Microsoft Office Word. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Google Docs. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan cara menaip di Google Docs, mereka telah diberikan latihan untuk menaip teks dengan mengikut contoh yang diberikan dengan menggunakan Google Docs.

Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul untuk menaip teks dengan menggunakan Google Docs.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali