Kelas E-Learning Quizizz

18 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 17 Jun 2022 telah diadakan satu Kelas E-Learning Quizizz yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz. Apabila telah berjaya memasuki laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan quiz dengan menaip kata kunci dibahagian carian. Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak. Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan. Diakhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara penggunaan laman Quizizz ini .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali