Kelas ICT

25 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 24 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas ICT yang dihadiri oleh pelajar sekolah kebangsaan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Word. Mereka diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk menambah gambar di dalam Microsoft Office Word. Selain itu, mereka juga turut diberikan penerangan untuk menaip dengan betul dengan mengikut tanda baca yang telah ditetapkan. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara untuk menambah gambar di dalam Microsoft Office Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali