Kelas ICT

16 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 15 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas ICT yang dihadiri oleh pelajar sekolah kebangsaan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunaan Microsoft Office Word. Mereka diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk membuat kerja kursus sejarah dengan menggunakan Microsoft Office Word. Selain itu, mereka juga turut diberikan penerangan berkaitan dengan cara menaip dengan betul, cara menggunakan huruf kecil dan huruf besar serta penggunaan jarak diantara teks. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya melengkapkan kerja kursus sejarah dengan menggunakan Microsoft Office Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali