Kelas E-Learning

16 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 15 Julai 2022 telah diadakan satu Kelas E-Learning Google Slides yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan juga latihan kepada ahli PEDi Felcra Sungai Ara berkaitan dengan penggunaan Google Slide. Google Slide merupakan salah satu alternatif yang ada dalam membuat sesuatu pembentangan selain menggunakan Microsoft Office Power Point. Dengan menggunakan Google Slide ini, mereka boleh memilih pelbagai tema yang telah disediakan. Selain itu, mereka juga boleh meletakan gambar, menukar jenis font dan juga menukar warna font. Dengan menggunakan Google Slides ini, mereka boleh menghasilkan slide yang lebih menarik dan kreatif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali