Program Kemerdekaan 2022

28 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 27 Ogos 2022 telah diadakan satu Program Kemerdekaan yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan hari kemerdekaan negara Malaysia. Program ini adalah anjuran Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kampung Semaloi. Antara aktiviti yang diadakan adalah, poster digital, quizizz kemerdekaan, klik dengan bijak dan tayangan video. Program ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali