Kelas E-Learning Google Docs

6 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 5 September 2022, telah diadakan Kelas E-Learning Google Docs yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara untuk menggunakan Google Docs. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Google Docs. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan cara menaip di Google Docs dengan betul, mereka telah diberikan latihan untuk menaip teks dengan mengikut contoh yang diberikan dengan menggunakan Google Docs. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul untuk menaip teks dengan menggunakan Google Docs.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali