Program Keusahawanan Shopee

21 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 20 Mei 2022 telah diadakan satu Program Keusahawanan Shopee yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, penerangan dan latihan berkaitan dengan platform perniagaan atas talian iaitu Shopee. Pada program kali ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan cara membuka Kedai Shopee di akaun Shopee mereka sendiri. Mereka diberikan penerangan berkaitan langkah-langkah untuk mendaftarkan Kedai di Shopee. Setelah selesai mendaftar, mereka boleh menjual barangan jualan mereka di Shopee ini. Mereka perlu melampirkan gambar produk jual dan mengisi maklumat yang diminta. Maklumat yang di isi perlulah tepat agar memudahkan urusan pada langkah yang berikutnya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali