Kelas Multimedia Canva

6 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 5 Ogos 2022, telah di adakan satu Kelas Multimedia Canva yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam laman Canva kepada pelajar sekolah rendah. Di laman Canva, mereka boleh memilih templet-templet yang telah disediakan antaranya templet logo, poster, infografik, Photo Collage, video, invois dan juga resume. Pada kelas kali ini mereka di berikan penerangan berkaitan cara untuk menghasilkan poster digital.

Mereka boleh memilih layout poster digital yang telah disediakan dengan menambah beberapa element seperti teks, gambar dan juga boleh menukar warna latar belakang. Selain itu, mereka juga boleh menukar jenis font dan warna font di bahagian yang telah disediakan. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya menghasilkan poster digital dengan mengikut tema yang telah ditetapkan. Mereka juga boleh memuat turun poster digital yang telah lengkap dengan klik bahagian muat turun yang disediakan di laman ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali