Kelas E-Learning Google Docs

14 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 13 Ogos 2022, telah diadakan Kelas E-Learning Google Docs yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara untuk menggunakan Google Docs kepada pelajar sekolah rendah. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Google Docs. Mereka telah diberikan penerangan berkaitan cara untuk menukar huruf kecil kepada huruf besar, meletakan tanda baca dengan betul dan diberikan latihan untuk menaip teks dengan mengikut contoh yang diberikan dengan menggunakan Google Docs. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara menaip teks dengan mengikut tanda baca yang betul dengan menggunakan Google Docs.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali