Kelas ICT – Microsoft Office Word

11 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 10 November 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas ICT – Microsoft Office Word. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunakan Microsoft Office Word.

Di awal kelas, mereka di berikan penerangan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Microsoft Office Word. Pada kelas kali ini, mereka di minta untuk membuat latihan surat kiriman rasmi. Mereka telah diberikan contoh surat kiriman rasmi dan mereka diminta untuk membuat semula surat tersebut dengan mengikut format yang betul. Mereka juga diberikan penerangan berkaitan cara untuk menukar jenis font, membesarkan font, mengecilkan font dan sebagainya. Diakhir kelas ini, mereka telah memahami cara untuk menggunakan Microsoft Office Word dalam membuat surat kiriman rasmi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali