Kelas Keusahawanan - Canva

25 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 24 November 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas Keusahawanan – Canva. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penghasilan poster produk dengan menggunakan Canva.

Di awal kelas, beliau di berikan penerangan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Canva. Untuk membuat poster produk, beliau perlu memilih gambar produk yang ingin dimasukan kedalam poster tersebut. Beliau boleh memilih templet yang telah disediakan didalam Canva atau mereka bentuk poster sendiri. Diakhir kelas ini, beliau telah berjaya menghasilkan poster produk tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali