Kelas Multimedia Canva

15 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa, 14 Februari 2023 telah diadakan satu kelas Multimedia Canva yang telah di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan juga latihan membuat Poster Digital dengan menggunakan laman Canva. Di awal kelas ini, mereka di minta untuk membuka laman Canva.

Di laman Canva itu akan memaparkan pelbagai jenis templet antaranya poster digital, infografik, resume, kad jemputan, sijil, logo, laman web, media sosial dan banyak lagi templet -templet yang menarik. Untuk kelas kali ini, mereka di minta untuk membuat satu Poster Digital. Mereka diberikan penerangan berkaitan cara untuk meletakkan teks, gambar dan elemen yang berkaitan di dalam Poster Digital tersebut. Di akhir kelas Canva ini, mereka telah memahami cara untuk menghasilkan Poster Digital dengan menggunakan laman Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali