Kelas E-Learning Quizizz

18 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 17 Februari 2023 telah diadakan satu kelas E-Learning Quizizz yang telah di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz kepada pelajar sekolah Rendah.

Apabila telah berjaya memasuki laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan kuiz dengan menaip kata kunci dibahagian carian Perpustakaan Quizizz. Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak. Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan. Diakhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara penggunaan laman Quizizz ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali