Kelas ICT

21 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 20 Februari 2023 telah diadakan satu kelas ICT yang telah di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan pengenalan komponen-komponen komputer kepada pelajar Sekolah Kebangsaan. Di awal kelas mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan nama komponen dan juga fungsinya kepada komputer.

Setelah selesai penerangan, mereka telah diberikan latihan untuk menguji tahap kefahaman berkaitan dengan komponen-komponen komputer ini. Mereka diminta untuk menyenaraikan nama-nama setiap komponen komputer serta fungsinya dengan menggunakan Microsoft Office Power Point. Di akhir kelas ini, mereka telah dapat memahami fungsi yang terdapat pada setiap komponen komputer tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali