Kelas ICT

16 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 15 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas ICT yang dihadiri oleh pelajar Sekolah Kebangsaan. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan pencarian maklumat dengan menggunakan Google Search. Mereka diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk mencari maklumat di Google Search dengan menaip kata kunci yang ingin dicari di bahagaian carian. Selain itu, mereka juga turut diberikan penerangan berkaitan dengan cara menaip dengan betul dan cara untuk menukar huruf kecil kepada huruf besar.

Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara untuk menggunakan Google Search sebagai medium mencari maklumat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali