Kelas STEM IOT – Augmented Reality (AR)

5 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 4 November 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas STEM IOT – Augmented Reality (AR). Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan fungsi serta penggunakan Augmented Reality (AR).

Augmented Reality adalah teknologi yang memperoleh penggabungan masa nyata kandungan digital yang dicipta oleh komputer dengan dunia sebenar. Augmented Reality membolehkan pengguna melihat objek maya 2D atau 3D yang diunjurkan terhadap dunia sebenar. Didalam kelas kali ini, mereka didedahkan dengan pengunaan AR dengan menggunakan aplikasi Quiver. Dengan mengimbas gambar dengan menggunakan tablet, mereka akan dapat melihat kandungan 3D pada tablet tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali