Kelas STEM IOT – Thinkercad

9 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 8 Disember 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas STEM IOT – Thinkercad. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan fungsi serta penggunakan Thinkercad.

Didalam laman Thinkercad ini terdapat tiga bahagian antaranya adalah reka bentuk 3D, sekatan blok dan juga litar. Pada kelas kali ini, mereka telah didedahkan dengan reka bentuk 3D. Mereka diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk membina bandar pintar dengan menggunakan Thinkercad ini. Diakhir kelas ini, mereka telah berjaya menghasilkan bandar pintar dengan menggunakan Thinkercad.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali