Program Multimedia Canva

13 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad, 12 Mac 2023, telah diadakan satu Program Multimedia Canva yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Pusat Komuniti Desa (PKD) FB Sungai Ara. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan, panduan dan juga latihan kepada para pelajar berkaitan dengan Laman Canva bagi menghasilkan Poster Digital secara percuma.

Di laman Canva ini akan memaparkan pelbagai jenis templet antaranya poster digital, infografik, resume, kad jemputan, sijil, logo, laman web, media sosial dan banyak lagi templet -templet yang menarik. Untuk program kali ini, mereka di minta untuk membuat satu Poster Digital. Mereka diberikan penerangan berkaitan cara untuk meletakkan teks, gambar dan elemen yang berkaitan di dalam Poster Digital tersebut. Di akhir program Canva ini, mereka telah memahami cara untuk menghasilkan Poster Digital dengan menggunakan laman Canva.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali