Program Digital Learning Bersama PD

16 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu, 15 Mac 2023, telah diadakan satu Program Digital Learning Bersama Perpustakaan Desa yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Kg Semaloi. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Perpustakaan Desa Kg Semaloi, Pusat Komuniti Desa (PKD) Sri Mahkota dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Baru Air Tawar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan, panduan dan juga latihan kepada para pelajar berkaitan dengan Laman Quizizz sebagai medium pembelajaran dalam talian.

Apabila telah berjaya memasuki laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan kuiz dengan menaip kata kunci dibahagian carian Perpustakaan Quizizz. Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak. Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan. Di akhir program ini, mereka telah berjaya memahami cara penggunaan laman Quizizz ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali