Kelas E-Learning Quizizz – Bahasa Melayu

8 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 7 Oktober 2023 telah diadakan satu Kelas E-Learning Quizizz yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah rendah dalam menjawab kuiz subjek Bahasa Melayu. Apabila telah berjaya memasuki laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan kuiz dengan menaip kata kunci dibahagian carian.

Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak. Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan.

Di dalam kelas kali ini, mereka belajar untuk memilih ejaan perkataan dengan betul bagi subjek Bahasa Melayu Tahap 1 dan mereka diberikan beberapa pilihan jawapan. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara penggunaan laman Quizizz ini dalam menjawab soalan subjek Bahasa Melayu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali