Kelas E-Learning Quizizz – Matematik

13 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis, 12 Oktober 2023 telah diadakan satu Kelas E-Learning Quizizz yang telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz dalam menjawab soalan di dalam talian berkaitan dengan subjek Matematik. Apabila telah berjaya memasuki laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan dengan menaip kata kunci di bahagian carian.

Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak. Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan. Di dalam kelas kali ini, mereka telah di berikan latihan berkaitan dengan subjek Matematik tahap 1. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara penggunaan laman Quizizz ini dalam menjawab soalan subjek Matematik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali