Kelas E-Learning Quizizz

27 Mei 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 26 Mei 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu Kelas E-Learning Quizizz. Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan juga latihan berkaitan dengan penggunaan laman Quizizz. Di dalam kelas ini, pelajar – pelajar perlu log masuk dengan menggunakan akaun Google masing-masing bagi memasuki laman utama Quizizz.

Setelah berjaya log masuk ke Quizizz, mereka boleh memilih kuiz yang mereka kehendaki dengan mencari soalan yang sesuai di bahagian carian. Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Di laman ini juga, ianya akan memaparkan sama ada jawapan yang dijawab betul ataupun tidak. Jika tidak, ianya akan memaparkan jawapan yang betul setelah menjawab setiap soalan yang diberikan. Diakhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara penggunaan laman Quizizz ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali