Kelas ICT – Google Docs

6 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 5 Ogos 2023, telah diadakan Kelas ICT - Google Docs yang telah dilaksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan, panduan dan juga latihan berkaitan dengan cara untuk menggunakan Google Docs. Google Docs merupakan alternatif kepada Microsoft Office Word yang boleh diakses secara atas talian.

Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan penerangan berkaitan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Google Docs. Selepas diberikan penerangan berkaitan dengan cara menaip di Google Docs dengan betul, mereka telah diberikan latihan untuk menaip teks dengan mengikut contoh yang diberikan dengan menggunakan Google Docs. Di akhir kelas ini, mereka telah memahami dan mengetahui cara yang betul untuk menaip teks dengan menggunakan Google Docs.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali