Kelas ICT – Mircosoft Office Word

2 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu, 1 Julai 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas ICT – Microsoft Office Word. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan cara untuk membuat bentuk dan meletakan teks di dalam bentuk. Mereka diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk memasukan bentuk dengan klik pada bahagian “Insert” dan klik “Shape” untuk memilih bentuk.

Selepas memilih bentuk, mereka diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk meletakan teks dan juga warna di dalam bentuk tersebut. Di akhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara untuk memasukan bentuk, meletakan teks di dalam bentuk dan juga meletakan warna pada bentuk yang telah dipilih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali