Kelas ICT – Canva Poster Digital

14 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat, 13 Oktober 2023, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara telah mengadakan satu kelas ICT – Canva Poster Digital. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan penerangan, panduan dan latihan berkaitan dengan penggunakan Laman Canva sebagai platform penghasilan Poster Digital secara mudah dan percuma. Di awal kelas, mereka di berikan penerangan berkaitan dengan fungsi yang terdapat di dalam Canva.

Mereka juga diberikan penerangan berkaitan cara untuk menukar jenis font, meningkatkan size font, mengurangkan size font dan sebagainya. Mereka juga diberikan penerangan berkaitan dengan cara untuk memuat naik gambar ke dalam poster digital tersebut. Setelah diberikan penerangan, mereka diberikan latihan bagi meningkatkan lagi kefahaman berkaitan dengan penghasilan poster digital dengan menggunakan laman Canva. Diakhir kelas ini, mereka telah memahami cara untuk menghasilkan poster digital dengan menggunakan Canva

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali