Kelas E-Learning – Quizizz

2 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin, 1 Januari 2024 telah diadakan satu kelas E-Learning – Quizizz yang telah di laksanakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felcra Sungai Ara. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara menggunakan laman Quizizz. Quizizz ini merupakan salah satu platform pembelajaran dalam talian yang menyediakan pelbagai soalan mengikut mata pelajaran yang dipelajari disekolah. Apabila telah berjaya memasuki laman Quizizz ini, mereka boleh mencari soalan kuiz dengan menaip kata kunci dibahagian carian Perpustakaan Quizizz. Pelbagai keputusan carian akan dipaparkan dan mereka boleh memilih soalan yang telah disediakan. Diakhir kelas ini, mereka telah berjaya memahami cara penggunaan laman Quizizz ini sebagai medium pembelajaran di dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali