Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 5
15 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 13 & 14 Disember 2017, telah diadakan satu Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 5 yang telah dilaksanakan di Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi. Kelas ini merupakan Program Bersama Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia (PI) Felcra Sungai Ara Bersama Perpustakaan Desa (PD) Balairaya Kampung Semaloi, Komuniti Felcra Sri Mahkota dan Komuniti Asli Kampung Labung. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan dan panduan berkaitan dengan cara penggunaan Microsoft Office Word dalam menghasilkan teks dan kotak dalam sesebuah surat. Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 5 ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Kelas ini juga telah dihadiri oleh Komuniti Asli, Komuniti Felcra Sri Mahkota dan pekerja Perpustakaan Desa Balairaya Kampung Semaloi.
Di awal kelas ini, mereka telah diberikan penerangan dan pendedahan berkaitan dengan cara untuk memasukkan kotak dalam sesebuah surat dan memasukan teks di dalam sesebuah kotak. Mereka juga turut diberikan penerangan berkaitan dengan format surat yang akan digunakan. Selesai penerangan, mereka diberikan latihan menghasilkan surat dengan merujukan contoh surat yang telah diberikan. Dalam masa kurang 1 jam sahaja mereka dapat melengkapkan latihan yang telah diberikan. Selain itu, mereka turut belajar cara untuk menghasilakan carta organisasi dengan menggunakan Microsoft Office Word. Di akhir Kelas Asas Microsoft Office Word Siri 5 ini, mereka dapat memahami format yang terdapat di dalam sesebuah surat kiriman rasmi ini dan dapat meningkatkan kemahiran menaip mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga telah mengetahui cara untuk memasukan kotak dan memasukan teks kedalam sesebuah kotak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: