Pendidikan
Tabika Kemas Felcra Sg. Ara
Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) mula di buka di perkampungan Felcra Sg. Ara pada awal tahun 1990-an. Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Sekolah Kebangsaan Felcra Sg. Ara (SKFSA)
Pada 1 Januari 1988, Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara telah ditubuhkan. Sekolah ini menumpang di Sekolah Agama Rakyat Felcra Sungai Ara yang terletak di dalam kawasan masjid. Semasa penubuhan sekolah ini, seramai 50 orang murid telah mendaftar dari Tahun 1 – 3. Bilang murid Tahun 1 seramai 38 orang, Tahun 2 seramai 7 oang dan Tahun 3 seramai 5 orang sahaja. Tenaga pengajar pula terdiri daripada En. Subari Yarmo (Memangku Guru Besar) dengan dibantu oleh Cik Kamisah bt Kamid, Cik Norsiah bt Saini dan Pn. Selbiah bt Mohd. Pada Tahun 1989, muridnya telah bertambah seramai 90 orang dan bilang guru telah bertambah seramai 6 orang. Pada bulan April, sekolah ini mendapat seorang Pegawai kerani bagi membantu sekolah dalam kerja-kerja pentadbiran.
Di awal pertubuhan, SK Felcra Sungai Ara (SKFSA) merupakan cawangan kepada SK Bandar, Kota Tinggi. Pada Pertengahan Tahun 1989, SKFSA tidak lagi sebagai cawangan kepada SK Bandar Kota Tinggi. Pada sesi pengajian 1989/1990, SKFSA telah berusia dua tahun, di mana SKFSA menjadi lebih matang dan menerima 4 orang guru baru apabila muridnya bertambah seramai 170 orang.
Bangunan sekolah baru yang sepatutnya diduduki pada 2 hb. Disember 1989 tidak disiapkan mengikut jadual, menyebabkan pihak sekolah mengalami kekurangan bilik darjah. Oleh yang demikian, dua buah daripadanya terpaksa di tempatkan di Balai raya FELCRA Sungai Ara. Pada awal Disember 1990, apabila murid bertambah seramai 270 orang, pihak sekolah sekali lagi meminta pihak FELCRA untuk menenpatkan murid di anjung masjid. Dua buah kelas di tempatkan di sana. Pada 25hb. Mei, 1991, dengan rasminya bangunan baru SK FELCRA Sungai Ara dapat diduduki sepenuhnya. Satu kenduri doa selamat telah diadakan pada 27 hb. Mei, 1991 oleh penduduk kampung tersebut. Bermula sesi persekolah yang lebih selesa, tenang dengan berbagai kemudahan yang disediakan seperti perpustakaan, pusat sumber, kantin, padang dan sebagainya. Kini SKFSA menjadi pusat ilmu bagi semua masyarakat setempat. Di Sekolah Kebngsaan ini juga terdapat Pra Sekolah yang berfungsi sebagai.
Sekolah Agama Felcra Sg. Ara
Sekolah Agama sudah tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di negeri johor. Di setiap daerah di Negeri johor mempunyai sekolah agama kerjaan negeri johor termasuklah di Felcra Sg. Ara. Sekolah Agama Felcra Sg. Ara telah mula di tubuhkan pada tahun 1990-an lagi yang terletak di perkarangan masjid jamek felcra sg. Ara. Pada tahun 2000-an, sekolah agama felcra sg. Ara telah mendapat bangunan sekolah yang baru setinggi dua tingkat dan masih di gunakan sehingga sekarang. Antara perubahan yang terdapat di sekolah agama felcra sg. Ara ini ialah kewujudan tadika agama johor (TAJ) atau telah di kenali sebagai Tadika Islam Johor (TIJ) kini.