Rekreasi Dan Pelancongan
Pantai Tanjung Leman
Tanjung leman merupakan salah satu tempat pelancongan yang berhampiran dengan Perkampungan Felcra Sg. Ara. Jarak antara Perkampungan Felcra Sg. Ara ke Pantai Tanjung Leman ialah 37 kilometer ataupun 34 min perjalanan menaiki kereta. Pantai tanjung leman terkenal dengan keindahan pantainya yang bersih, air yang jernih dan cantik. Daripada pantai tanjung leman, pengunjung dapat melihat beberapa pulau di hadapannya termasuklah pulau sibu. Pantai tanjung leman memang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan teutamanya pada hujung minggu dan juga cuti umum.
Tanjung Leman Beach Resort
Tanjung Leman Beach Resort merupakan tempat percutian yang menarik yang terdapat berhampiran perkampungan Felcra Sg. Ara. Tanjung leman beach resort merupakan sebuah resort yang dibina di persisiran pantai Tanjung Leman, Mersing serta di kelilingi oleh keindahan alam semula jadi. Resort ini mempunyai pantai sepanjang 2 kilometer yang diliputi pasir putih ditambah pula dengan kelandaian pantainya serta kejernihan airnya. Persekitarannya yang redup dengan pemandangan Pulau Tinggi, Pulau Besar dan Pulau Sibu membangkitkan suasana tenang dan mempersonakan.Tarikan semulajadi seperti lanskap batu laut, buah-buahan hutan, hutan berbukit, kicauan burung serta kehadiran haiwan seperti ungka, tupai kerawak dan burung enggang menjadi pelengkap kepada sebuah destinasi percutian yang mendamaikan. Resort ini terletak 120 km dari Bandaraya Johor Bahru dan 70 km dari selatan Bandar Mersing. Ia merupakan salah satu destinasi percutian keluarga yang popular di negeri Johor. Beberapa acara peringkat kebangsaan seperti Karnival Tanjung Leman, Pertandingan Memancing GP Joran Berita Harian serta Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor pernah diadakan disini.
Felda Residen Tanjung Leman Mersing
Felda Residen Tanjung Leman juga merupakan antara tempat perlancongan berhampiran dengan perkampungan Felcra Sg. Ara dan pantai Tanjung Leman. Jarak antara Felda Residen Tanjung Leman dari perkampungan Felcra Sg. Ara ialah 37 kilometer dan jarak dari bandar Kota Tinggi ialah 74 kilometer. Felda Residen Tanjung Leman telah ditubuhkan sekitar januari 2011. Ianya merupakan salah satu daripada enam Felda Residen yang terdapat di Malaysia. Felda Residen Tanjung Leman menyediakan pelbagai aktiviti dalaman dan luaran kepada pengunjung yang menginap di Felda Residen ini. Dengan adanya aktiviti dalaman dan luaran ini,ianya dapat memberikan pengalaman yangh menarik.
Air Terjun Kota Tinggi
Air Terjun Kota Tinggi terletak kira-kira km dari Utara Johor Bahru dan 16 km dari Bandar Kota Tinggi. Tempat peranginan ini terdapat 43 bilik hotel moden dan 20 buah chalet persendirian yang dibina dilereng-lereng bukit. Air terjun setinggi 36 meter ini terletak di kaki gunung muntahak yang mempunyai ketinggian 634 meter. Air sungai yang dingin mengalir melintasi beberapa kolam yang cetek dan yang ideal untuk berenang.