Kelas Khas Bersama OKU
18 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada 17 Julai 2017, telah diadakan satu Kelas Khas Bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Kelas khas bersama orang kelainan upaya ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan ICT dan internet. Di dalam kelas khas kali ini, beliau telah diberikan penerangan berkaitan dengan komponen komputer dan juga fungsinya.
Beliau telah diberikan penerangan berkaitan beberapa komponen komputer yang terdapat di dalam kawasan PI. Beliau diminta untuk mengingati semula komponen-komponen yang telah diterangkan semasa di dalam kelas bertujuan untuk melihat kefahaman beliau tentang komponen-komponen komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: