Kelas Internet – Media Sosial
22 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada Jumaat, 21 Julai 2017 telah diadakan satu Kelas Internet: Media Sosial. Kelas internet ini telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Felcra Sungai Ara. Di dalam kelas ini, mereka telah diberikan pendedahan dan penerangan tentang cara untuk membuat akaun Youtube. Langkah yang pertama untuk membuka akaun Youtube, mereka perlu membuat akaun e-mail terlebih dahulu. Mereka boleh menggunakan Google mail, Yahoo mail dan sebagainya. Apabila akauan e-mail tersebut telah di buat, mereka perlu mengisi butiran yang di perlukan seperti nama, alamat e-mail dan juga kata laluan untuk akaun Youtube tersebut.
Setelah selesai mengisi butiran tersebut, mereka boleh mendaftar masuk ke akaun youtube tersebut dan boleh “Subscribe” pelbagai video yang terdapat di laman Youtube. Mereka juga telah di ingatkan supaya tidak melakukan sesuatu di media sosial seperti Youtube yang boleh mendatangkan keburukan kepada mereka sendiri kerana setiap tingkah laku yang buruk yang mereka lakukan di media sosial akan memberikan kesan yang negetif kepada mereka. Selain itu, mereka perlu sentiasa berhati-hati ketika menggunakan media sosial dan sentiasa menggunakan perkataan yang baik ketika melayari media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: